Perodua Ativa bakal mendapat nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter dengan bantuan induksi paksaan turbo (kod nama 1KR-VET) yang mampu menghasilkan 98 PS dan 140 Nm (spesifikasi Toyota Raize/Daihatsu Rocky).

Difahamkan, enjin kecil ini mampu memberikan pulangan bacaan penggunaan bahan api sekitar 18.9 km untuk setiap liter bahan api yang diteguk (atau 5.29 liter untuk setiap 100 km).

Jimat, bukan?

Sistem ASA atau Advanced Safety Assist yang dibawakan pada Perodua Ativa kini didatangkan standard untuk semua varian, yang merangkumi ciri seperti

  • Amaran Pra-Pelanggaran (PCW)
  • Sistem Brek Pra-Pelanggaran (PCB)  atau Brek kecemasan automatik (AEB)
  • Amaran Pergerakan Hadapan (FDA)
  • Kawalan Salah-Operasi Pedal (PMC)

Selain daripada ciri ASA itu tadi, Perodua telah menambah beberapa ciri keselamatan untuk model Ativa, dan boleh dikatakan sebagai satu penanda aras buat kenderaan-kenderaan di dalam segmennya, dinamakan sebagai Perodua Smart Drive Assist.

Untuk varian paling asas (dengan harga RM62,000) anda sudah pun boleh mendapat ciri keselamatan seperti:

Driving Assist

  • Amaran Keluar Laluan (LDW)
  • Ciri Penghalang Keluar Laluan (LDP)

Parking Assist

  • Penderia sudut belakang

Headlamp Assist

  • Suluhan tinggi Automatik (AHB)

Keselamatan Pasif

  • Enam beg udara
  • ABS, EBD, Bantuan Brek
  • Kawalan Kestabilan Kenderaan
  • Lampu Berhenti Kecemasan (ESS)
  • Bantuan Mula Mendaki (HHA)
  • sistem ISOFIX

Sementara varian H pula mendapat kelengkapan tambahan seperti:

Parking Assist

  • Penderia Sudut Hadapan
  • Kamera Undur

Headlamp Assist

  • Lampu pemanduan adaptif (Adaptive Driving Beam, ADB)

Untuk varian AV pula, ia menawarkan sistem pemanduan Autonomi Tahap Kedua yang menambah beberapa ciri penting seperti:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Bantuan Penghalang Keluar Laluan (LKC)
  • Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
  • Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA)
Shares